Friday, 9 September 2016

satu malam beribu memori #thesingster #ketayo

Hiiiii!!! lama tak update blog post gambar kan hahaha so harini gue belanja sih gambarnya (saya malaysia ok) hahaha ..so haritu 8/9/2016 ada buat birthday adik aku farhana..n majlis kecil kecil sikit untuk bibik mila ..bibik aku yang dah hampir 3 tahun dah nak balik indonesia..so haritu aku ajak lah nurin dengan qistina #thesingster ..so aku ni ada dua rumah..rumah depan dengan belakang lah..so malam tu nak suprise kan nana a.k.a adik aku tu lah.. so aku ..qis,nurin jalan kaki pergi rumah belakang nak ambil belon n kek..so masa jalan nak pi rumah belakang tu jiran aku ni bela anjing semua menjerit lari doo hahahaha..masa tu jalan pun tak aman hahaha..so sampai rumah belakang letih gila woii "aku rasa cam lepas jogging" bak kata nurin hahahahahah..pastu gi rumah belakang lek lek luhh..pastu ambik belon n kek bawak ler keluar pastu ambik ambik gambar letak la kek atas kerusi kat luar rumah tu jap ..lepas dah ambik gambar tu aku cakap la "jom balik" n then jalan sikit tiba tiba qistina cakap "eh mana kek" KITAORG TERTINGGAL KEK WOI YA ALLAH HAHAHAHAHA...lepastu ambik kek balik..jalan tu membebel belon dah terbelit pulak dah hahahaha..n then jalan balik rumah depan pun kalut gila takut anjing..so dah balik tu set up belon pe semua naik atas..pasang lah lampu colour orange tu m then nk selfie lighting baik hahahaha..selfie ats katil tak muat so turun katil pulakk..duduk kat lantai apa apa sahaja untuk selfie hahaha...so ni lah kisah satu malam . Aku sumpah sayang thesingster ..lagi 2 org geng thesingster takleh..vera n insyirah <3 
I love thesingter #thesingster #thesingsterfamilia
So layankan je lah gambar gambar ni

























Friday, 19 August 2016

My First Cerpen Everrrr

Hiii!!! Dah berhabuk dah blog aku ni tak sempat la nak update busy dengan PT3 ni lagi tak sampai 2 bulan nak exam so nak bagi blog ni hidup lagi so aku nak post something okey... hahaha i donnnnnooo whyyy rasa nak buat cerpen je so ni lah cerpen aku..aku pun tak reti sangat sebernarnya tapi aku suka cerpen sedih sedih kan so aku buat cerpen sedih lah . Aku kalau nak nngis senang je just buka cerpen sedih hah kau lepas 5 minit dah start nangis..so ni cerpen aku..jangan kecam aku baru cuba cuba je ok..layankan je lah *nervous sebenarnya* KALAU ADA TYPO SIKIT SIKIT BIASA LAH YE SALAH APA APA KE HEHEHE


"PRAGGG!" terlepas pinggan yang dipegang alisya apabila Pn Sri Rose menampar muka alisya kerana tidak sengaja menumpahkan air.
Alisya seorang budak yang berumur 11 tahun dari kecil membesar dengan neneknya..Dia dibenci ibu dan ayah kandungnya bukan hanya mereka tapi kesemua ahli keluarganya kecuali sepupunya Adlina dan makciknya yang digelar Datin iffa yang digelarnya maksu

"Sini kau! " Puan sri rose menarik telinga alisya tanpa belas kasihan
"Aduh sakit puan" rintih alisya
"Heh budak kau ingat air ni free ke senang senang kau tumpah kan.kau ingat sikit kau tu kalau aku halau keluar rumah memang tak makan minum la kau! Eiii jijik la aku tengok muka kau ni macam mana lah kau boleh ada dalam rahim aku! Jijik aku mengandungkan kau!" tengking puan sri rose. Tan Sri Faziq ayah alisya dan juga afnan abangnya dan dania kakaknya hanya melihat alisya yang menangis kesakitan dengan sebuah senyuman.

11 tahun yang lalu.
"Mak! rose nak gugurkan anak ni sejak dia ada dia macam pembawa malang..ayah abang faziq meninggal..anak mak..adik rose kemalangan..rumah mak dirompak ..rose rasa dia ni pembawa malang mak" kata puan sri rose tanpa ada sedikit pun perasaan belas kasihan kepada anak yang tidak berdosa itu.

"Subhanallah rose mengucap mak tak pernah ajar kamu membunuh rose!"
"Membunuh apa nya mak gugurkan je pun"
"Hei rose! gugur tu membunuh ! kamu ni memang dah tak ada iman ! "
Puan sri rose hanya mencebik mendengar leteran maknya.

Malam menanti siang..siang menanti malam kini puan sri rose telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang dibenci oleh semua .Bayi yang tidak berdosa..bayi yang syurga tempatnya..
"Mak rose berpantang dkt kl je la..budak pembawa sial ni mak jaga dan mak pilih lah nak letak nama apa nnti rose uruskan surut beranak"
"Mak nak letak nama dia Alisya Darisya..mesti manis cucu nenek ni " 
"Ikut suka hati mak lah"
                     ...................
"Lisya masuk dah magrib ni!" laung nenek sambil mengeleng kepala
'suka sgt berkawan dgn budak lelaki'
"nek termenung apa?"
"takde apa lah dah pergi mandi..busuk"
"hehehehe"
                       ..................
"Lisya nnti bila nenek dah tak ada lisya jangan sedih ye"
"Apa nenek ni cakap macam tu ..lisya syg nenek sangat sangat nek" ucap alisya dgn ikhlas dan mencium pipi tua itu.
"nek..lisya nak tanya"
"tanya lah.."
"macam mana eh rupa mama dan papa lisya..dah 11 tahun lisya hidup tapi lisya tak pernah jumpa diaorg"
Berubah air muka nenek bila alisya megajukan soalan itu.
"Alisya Darisya nenek nak berterus terang dengan kamu..ibu dan ayah kamu tak sukakan kamu alisya ..bukan mereka je tapi seluruh ahli keluarga tidak sukakan kamu bagi mereka kamu pembawa sial..tapi tak nak..semua yang jadi kebetulan sahaja masa mama kamu mengandungkan kamu.."
                   .................
"ALISYA!!" alisya terus tersedar dari lamunan panjang apabila mendengar dania kakaknya menjerit.
"Ye kak" jawab alisya
"Hey bodoh kan aku dah cakap jangan panggil aku kakak . Aku takut sial kau melekat dengan aku" jerkah dania sambil menunjal kepala alisya..
alisya hanya menahan air mata.
'sabar la duhai hati '.
"Aku nak kau iron baju ni cepat !" 
"ok cik dania" 
....
"Cik ni baju dah siap digosok"
"Bodoh! kau reti gosok ke tak ni ada kedut lagi" tengking dania lalu mengambil starika yang masih panas dan meletakkan di tangan alisya
"Ya allah sakit!" jerit alisya
"hah padan muka kau bila bila buat kerja elok elok! " jerkah dania tanpa sedikit pun simpati.
"Maafkan saya cik" 
                    ...............

"alisya kemas baju baby cepat ikut aku pergi hospital mama dah bersalin" afnan memberi arahan.
"okey encik afnan"balas alisya nak berlalu ke bilik si kecil yang telah dihias oleh papa ,mama dan abang,kakaknya untuk kehadiran si kecil...tidak sabar rasanya alisya untuk bertemu dgn adik barunya itu..
'haih untungnya lahir lahir dah ada bilik..aku tido kat stor je' detik hati alisya.
                   .................
Setibanya di hospital alisya mengejar langkah afnan yang laju untuk ke wad mamanya...tidak sabar bertemu adik baru...apabila alisya menolak daun pintu wad..lebar senyumannya apabila melihat mama dan papa di atas katil sambil mendukung adik barunya manakala dania berdiri di sebelah kiri katil dan afnan di sebelah kanan katil. Keluarga bahagia
'kalau lah aku boleh berdiri di situ macam afnan dan dania' detik hati alisya.
"Kau buat apa tercegat kat situ dah pergi keluar" arah  Tan sri faziq
Alisya keluar dari wad dengan hati yang sebak
'ya allah jika mereka di luar sana dimarah,sedih,gembira akan mereka kongsi bersama keluar terutamanya ibu ya allah..tetapi aku ya allah aku sakit dipukul,dimaki di mana aku mahu mengadu ya allah di mana aku mahu berlindung' detik hati alisya sambil air mata menuruni pipi gebu itu .
'tak apa aku ada allah..aku boleh mengadu pada allah..aku boleh berlindung pada allah' ucap alisya di dalam hati dan mengelap sisa sisa air mata..
                     ................
Sedar tak sedar dah 1 tahun alisya membesarkan Faqirah adiknya..malam berjaga..menukar lampin faqirah..membuat susu..menyuap makanan..memandikan faqirah itu semua tugas alisya..tapi alisya teramat senang dengan tugasnya itu..bagi alisya si kecil ini boleh menghilang kan perasaan sedih,stress alisya..Puan Sri rose? tidak pernah mengambil tahu hal hal faqirah..
                     ................

12 tahun kemudian....
"aku nak kau kawin dengan tengku mukhriz" ucap puan rose
"tapi saya tidak kenal dia puan"
"Kawin je lah bodoh! dia tu kaya ! "
Alisya hanya mendiamkan diri..

"Mama kenapa mama nak kahwin kan kak lisya ma? lps ni siapa nak ambil tahu pasal qirah" tanya faqirah dengan sebak
"Qirah tak payah sedih.. lisya tu bukan bagus sangat pun"
"ha? apa mama cakap ni? "
"Kalau qirah nak tahu dari kecik dulu mama tak berkesempatan nak jaga qirah..dia ugut mana qirah kalau mama berani jaga qirah dia akan tak teragak ragak hancurkan rumah tangga mama..mama dilarang berjumpa dengan qirah...mama sedih qirah sebab tu mama nak dia kahwin biar dia pergi dari sini mama boleh jaga qirah" tuduh puan rose sambil menitiskan air mata palsu.
Faqirah pula hanya tergamam dengan apa yang diucapkan oleh mamanya..mulai dari hari itu hubungan faqirah dan alisya semakin renggang..faqirah semakin menjauhkan diri dari alisya..
                      ..................
"Aku terima nikahnya alisya farisya binti mohd faziq dengan......."
kini alisya sah menjadi milik tengku muhkriz .
Selepas selesai majlis akad nikah alisya berpindah ke apartment tengku mukhriz
                       ..............
"Ni bilik kau! kau jangan ingat kau nak jadi mem besar dalam rumah ni!" tengking tengku mukhriz.
"Baik tuan " balas alisya dengan suara yang lemah.
"Aku nak bagi kau peraturan rumah aku ye.First aku nak buat apa pun aku nak balik lambat ke,bawak balik perempuan ke ikut suka hati aku ni rumah aku! Second kau kena ikut semua yang aku nak! Third kau tidak dibenarkan keluar dari rumah ni! Faham?! " terang mukhriz dengan suara yang keras.

"Faham tuan" 
                          ..............

"ALISYA!!" jerit Tengku mukhriz
"ye tuan " 
"Sediakan kan aku sarapn sekarang! " tengking mukhriz
"Baik tuan "
.....................

'haih letihnya' luah alisya
"kau cakap apa tadi?" sergah mukhriz
"oh mak kau"!! latah alisya
"Hahahaha kau tak yah latah sangat lah . Apa kau cakap tadi?"
"tak ada apa apa tuan"
"Kau letih ye? heh perempuan kau kena ingat kau tu kuli aku ! Hamba aku ! kau faham tak?!" jerkah mukhriz sambil menunjal kepala alisya
"faham tuan" 
                   ..........………
"Baby i kahwin dengan dia terpaksa je i tak pernah cintakan dia" pujuk mukhriz kepada Fathia kekasihnya
"You cakap betul betul mukhriz you jangan main gila dengan i"
"serious sayang i cinta you je"
Bibir fathia mula melakar senyuman
"Sayang jom la menari" rengek mukhriz dengan manja
"sebelum menari kita minum dulu ok" balas fatiha sambil menuang arak ke dalam gelas
"Dah habis dah jom la "mukhriz mengheret fathia ke pentas tanpa menjaga batas mereka berpelukan.
                    ………………
"Alisya!!!" Jerit mukhriz sambil menendang pintu rumah dengan keadaan nya yang mabuk
Alisya yang sudah lena diulit mimpi terjaga dan terus berlari turun ke bawah membuka pintu 
"Kau pergi mana hah sial?!" jerkah mukhriz sambil mencengkam rambut alisya
"sa..k..it ..tu..an" balas alisya tergagap gagap
"Bodoh!" jerkah mukhriz lalu menolak alisya. Nasib alisya malang apabila kepalanya terhantuk di bucu meja.Dan darah pekat mengalir keluar.
"Allah" rintih Alisya.
Mukhriz tanpa belas kasihan mencengkam rambut alisya dan menghantuknya pada dinding berkalu kali
"Allah. Sakit tuan tolong tuan " rayu alisya
"perempuan macam kau ni boleh pergi mampos!" jerkah mukhriz dan berlalu naik ke tingkat atas
Alisya hanya menangis mengenangkan nasibnya yang tidak ubah seperti sampah ni bumi ini. Kepada siapakah dia boleh mengadu.Ibu? Bapa? Keluarga? Alisya rasa jika dia mengadu makin gembira keluarganya. Tidak apa alisya ada Allah ..Ye allah akan selalu mendengar rintihannnya.Dan akhirnya alisya terlena di situ.
                        ………………
Walaupun masih terasa sakit di kepala alisya tetap gagahkan diri menyediakan sarapan kepada mukhriz.
"Sarapan tuan"
Mukhriz hanya menjeling dan memasukkan nasi goreng ke dalam mulut. 
"Makanan apa kau masak ni sial?!!! Masin! kau nak balas dendam kat aku ke apa?!!" jerkah mukhriz
Alisya sudah berasa kecut perut 
"T..a..k ..tu..an.." balas alisya tergagap gagap
"Kau sini kau!" jerkah mukhriz sambil mengheret alisya.
"Kau duduk la dalam ni!" jerkah mukhriz dan menolak alisya ke dalam stor .

                    ..………………
Pagi ke petang. Petang ke malam. Alisya masih di dalam stor itu kelaparan dan ketakutan di dalam gelap. 
'laparnya ' desis alisya
Alisya terpandangkan buah Guava di pokok bersebelahan stor.Alisya mengularkan tangan ke tingkap untuk mencapai buah guava..setelah habis sebiji dimakan alisya mengucapkan syukur alhamdulillah dan tersenyum namun senyuman itu mati apabila terpandang mukhriz yang sedang melihat dia di tepi tingkap stor.
Wajah alisya serta merta bertukar pucat.

"KAU SINI KAU ALISYA!" jerkah mukhriz menarik alisya dan menendang alisya ke dalam bilik

"allah" rintih alisya
"Kau ni bodoh ke banggang. Aku suruh kau duduk diam diam kan dalam tu . Aku tak halal kan tau kau makan hak milik aku bodoh!!"  jerkah mukhriz sambil menendang dan memijak alisya
"allahuakbar" rintih alisya
"sebut nama allah. tapi haram halal tak tahu!" lalu menampar pipi alisya berkali kali hingga cecair merah terbit dari celah bibir 

"sakit tuan saya minta maaf"
"maaf bodoh kau"
mukhriz mengangkat alisya ke atas katil 
"tuan nak buat apa ni?!" tanya alisya dengan nada keras
"aku ada hak atas kau perempuan!" 
                   ……………………
"eh adam mukhriz tak ada dkt rumah" ramah alisya kepada adam kawan baik mukhriz
"tak apa saya cuma nak hantar barang ni"
"ooo" alisya cuba mengangkat barang yang dibawa oleh adam tapi tidak berjaya kerana terlalu berat
"tak apa biar saya tolong angkat bawa ke dalam rumah"
"alisya kat mana ye bilik kerja mukhriz" laung adam dari dalam rumah.Nak atau tak alisya terpaksa masuk
"sini "alisya menunjukkan bilik
"okeyhh siap"
"terima kasih adam"
"sama sama si manis"
                     …………………
"Alisya Darisya!!" Laung mukhriz dengan begitu kuat sekali.Alisya yang sedang memasak makan malam mukhriz di dapur sudah kecut perut.
"Ha sini pun kau perempuan jalang!"
Alisya hanya menahan hati 
"Heh kau tu dah lah pembawa sial! skrg dah nak jadi pelacur pulak ke!" jerkah mukhriz sambil mencengkam rambut alisya
"allah sakit tuan" 
"Kau jangan sebut nama tuhan la sial kau perangai macam pelacur! memang perempuan murah lah kau ni!" 
Lagi sakit hatinya dari sakit rambutnya dicengkam.
"sini kau" mukhriz menarik alisya ke dalam bilik tidur dan menolak alisya masuk. Mukhriz menampar pipi alisya ke kiri kanan lebih 10 kali.

"allah" mata alisya terasa berpinar dan darah merah pekat mula keluar dari celah bibir dan hidung alisya.
Namun itu bukan penghujungnya apabila mukhriz mencengkam rambut  alisya dan menghantuknya ke dinding berkali kali.nasib alisya malang ketika mukhriz melepaskannya kepalanya terkena pada bucu meja dan membuahkan darah merah pekat.
'allah tolong ya allah' desis hati alisya.
"Kau dah bawak masuk lelaki .Dasar perempuan murah pembawa sial kau ni layak mampos je lah!" mukhriz menendang kepala alisya berkali kali
Mata alisya semakin berpinar dan alisya tidak sedarkan diri.
                    …………………
"aduh " rintih alisya apabila bangun dari tidurnya.Alisya terpandangkan mukhriz yang nyenyak tidur dia atas katil sementara dia yang pengsan dibiarkan dia atas lantai . 'ya allah ampunkanlah suami ku ya allah' begitu mulia hati alisya.
                   …………………
1 BULAN KEMUDIAN
"Tuan saya nak minta izin ke hospital boleh?"
"Pergi lah kau" jawab mukhriz dan masuk ke dalam perut kereta untuk ke tempat kerja.
Tepat jam 11:30 alisya tiba di hospital.
"ye puan ada masaalah apa ye?" tanya dr Farhana dengan begitu lembut 
"saya kerap sakit kepala doktor..kadang kadang saya mudah lupa..saya sakit ni bahagian tempurung kepala..di bahagian blkg kepala
"ok macam ni puan kita buat ujian MRI kita scan kepala puan ye"

Setelah hampir 1 jam nurse memanggilnya berjumpa dengan doktor
"ok mcm ni puan ..saya ada 2 berita saya harap puan bersabar ye..puan sebenarnya tengah mengandung dah 3 minggu..tahniah puan"
Alisya hanya mengucapkan syukur kpd allah..seyuman tidak lekang dibibirnya
"apa berita satu lagi dr?"
"saya harap puan bersabar ye.puan disahkan menghidapi kanser otak tahap 4 puan"
Alisya tergamam.Lidahnya kelu.Wajahnya beku
"puan..."
"ye doktor"
"kami sarankan puan gugurkan kandungan dan menjalankan sesi kemoterapi puan"
"Tak boleh ke kalau tak gugurkan dr?"
"Jika tidak gugurkan .puan tidak boleh menjalankan kemo dan boleh membahayakan nyawa puan"
                       ………………
Alisya masih terfikir fikir.Hanya ini satu satunya lambang cintanya dia pada suaminya mana mungkin dia gugurkan anaknya.Alisya redha dengan penyakit ini dan dia nekad untuk mengandungkan dan membesarkan anak nya.Jika sudah sampai ajalnya walau bukan dengan kanser dia tetap akan pergi.
                       ………………
9 BULAN KEMUDIAN
"alisya baju aku mana?!" laung mukhriz dari tingkat atas.Alisya yang sudah sarat berlari lari anak naik ke tingkat ats 
"ini tuan"
"lembap" mukhriz merampas baju itu dengan kasar.Sehingga kini mukhriz tidak tahu bahawa isterinya menghidap kanser .
"Tuan boleh tak kita makan chicken chop?"
"apahal?"
"saya rasa teringin nak makan"
"kau pesan kat anak kau tu dia tu tak layak makan makanan mahal mahal dia dengan mak dia layak makan makanan tong sampah je"
Alisya hanya memandang lantai dan menahan hati.
"dah aku nak pergi kerja"
"tuan due saya mungkin minggu depan boleh tak tuan hantarkan saya ke hospital"
"Pandai pandai lah kau pergi sendiri!" jerkah mukhriz dan berlalu pergi
Alisya hanya duduk di ats kerusi dan menangis menangis menangis dan terus menangis.
                     ………….…
"sakitnya perut..tuan tuan"
alisya mengetuk bilik kerja mukhriz
"apa benda?!" marah mukhriz
"perut saya rasa sakit sangat tuan boleh tlg bawa saya ke hospital?"
"Blah la kau dengan anak kau! aku harap dua dua mati jap lagi! " jerkah mukhriz dan menghempas pintu.
Alisya menelefon teksi untuk ke hospital.

Setibanya di hospital alisya dibawa ke labour room.Dengan sepenuh tenaga yang ada dengan sederas air mata yang keluar lahirlah seorang puteri.Melahirkan anak tanpa seorang suami di sisi,tanpa seorang ibu hanya Dia sebatang kara di dunia.

Keesokannya Adlina dan mak su datang melawat alisya.Puteri alisya diberi nama Farisya farhana bt tengku mukhriz.Alisya tidak meletakkan gelaran tengku di hadapan takut dimarah mukhriz.
                   ..................
2 Minggu kemudian.Alisya sudah tiada harapan sembuh.Dia hanya tunggu masa pulang ke pangkuan ilahi .Pada petang itu adlina datang melawatnya. 
"Ad nnti aku dah takde kau jaga lah anak aku ad. Mukhriz taknak anak ni ad..kalau kau taknak jaga kau hantar la rumah anak yatim"
"takpe lisya aku akan jaga farisya anak kau anak aku juga"
Lega Alisya mendengarnya
"ad nak pen dengan kertas skjp"

Di hari jumaat yang mulia Alisya telah menghembuskan nafas terakhir di atas pangkuan adlina dan anaknya.Jenazah alisya di bawa pulang ke rumah maksunya ...dan semua diuruskan oleh maksunya.Ibu bapa suami dan ahli keluarga alisya mengetahui tentang kematiannya tapi tiada seorang pun yang datang menguruskan jenazahnya.hanya adlina ,maksunya dan orang surau. 
                         ............
"ros, fazziq,kau abg alisya,kakak alisya,adik alisya dan kau suami alisya baca lah surat ni aku mohon kau semua baca.surat ni lisya tulis dari dia kecil lagi"
Puan Sri Ros membuka surat itu 
'Mummy! :) teringin nya lisya nak panggil Puan dengan perkataan mummy tapi nanti kena pukul.Sakit kalau kena pukul. Puan benci lisya .lisya sakit kena pukul..kawan kawan lisya semua mak diaorg syg diaorg .takpe la lisya yakin mesti nnti suatu hari mummy syg lisya. Daddy..daddy garang daddy pun tak suka lisya haritu daddy pukul kepala lisya dengan kayu..sakit..tak ada orang tolong lisya..kenapa orang lain kalau kena pukul daddy dengan mummy diaorg akan protect diaorg tapi lisya tak :( abang dengan kakak pun selalu pukul lisya. '
'Yeay mummy mengandung!! sukanya nak dapat adik..masa mummy bersalin semua pergi dekat katil mummy tapi lisya tak boleh pergi diaorg tak kasi ..lisya tengok diaorg bahagia sangat..lisya tiada siapa siap..ehh tak lisya ada allah heheheheh.Harini adik baru dah balik lisya jaga dia ..tukar pampers dia..buat susu dia ..kemas tempat tidur dia..bilik dia cantik sangat ada katil ..almari..lisya pun tak pernah tidur ats katil..adik ada banyak baju penuh satu almari..lisya ada 3 helai baju je..bestnya jadi adik ! :) '
'lisya tak tahu apa salah lisya adik dah renggang denga lisya.Dia maki hamun lisya..kenapa ..allah lisya sedih masa kecil dulu lisya jaga dia sampai umur 12 tahun dia dah kurang ajar dengan lisya..dia koyak baju lisya..sekarang baju lisya tinggal 2 helai..'
'sekarang lisya dah kahwin.suami lisya benci lisya ya allah. kenapa begini takdir hidupku ya allah . lisya sakit dipukul..ditampar,ditendang,kena hantuk sakit ya allah'
'allah harini aku disahkan ada kaser ya allah dan aku mengandung..tak apa aku redha..aku nak lahirkan anak aku..biar lah abang mukhriz akan benci aku aku redha ya allah anak inilah tanda cinta aku kepada dia'

'Dr kata aku sudah tiada harapan sembuh ..ya allah di saat akhir hidupku aku teringin nak jumpa puan,tuan ,adik beradik ku dn suamiku ya allah..aku teringin mahu memanggil mummy,daddy..aku teringin nak mereka peluk aku ya allah..biar lah di akhir hidupku ya allah ..aku tidak pernah sekali pun dapat menggelarkan mereka itu dan memeluk mereka..ya allah diakhir hidup ini aku benar benar teringin berkumpul denga adik beradik ku..bergurau senda dengan mereka..aku teringin menjadi seorang isteri yang dihormati suami ya allah..mendapat kasih sayang suami..Tapi aku sedar aku siapa ya allah ..aku hanya sampah bagi mereka..Anakku ketahuilah ibu telah berjuang untuk melahirkan pun tanpa siapa di sisi ibu. maafkan ibu ..jika ibu pergi dulu..ibu sudah amanahkan surat ini kepala makcik kamu adlina untuk diberikan kepada kamu..maafkan ibu kerna ibu kamu di benci oleh ayahMu ibu minta maaf nak. Allah aku gembira bercampur sedih ketika tahu aku tidak akan sembuh.Aku gembira ya allah aku mahu berehat aku sakit ya allah didunia ini aku terlampau hina di dunia ini ...aq juga sedih akan meninggalkan anak ku sebatang kara di dunia...mummy,daddy,abg,kakak,adik,abg mukhriz, anak ibu farisya farhana .alisya sayang kamu semua selamanya.halalkan semua makan minum alisya '

Semuanya hanya membiarkan air mata turun ke pipi apabila membaca surat2 alisya tinggalkan..hanya penyesalan tiada penghujungnya 
"ya allah anak aku " rintih puan sri 
"Alisya!!!!" raung mukhriz dengan esakan tanpa henti.
Kita penyesalan yang tiada henti .

                              TAMAT 




























Sunday, 5 June 2016

Ramadhan

Ramadhan tiba..Ramadhan tiba..Ramadhan tiba...
YEAYY!! Harini first puasa 2016..happy sangat ah boleh pergi tarawih,bazar ramadhan...
Cakap pasal puasa ingat pula kecil kecil dulu selalu ponteng puasa hehehehehehehehe
tipu lah kalau tak pernah ponteng puasa..meh aku nak share cerita aku ponteng puasa hehehe

-Kalau dulu kat sekolah kalau ambil air sembahyang kalau kumur tu diam diam minum air hahaha
air paip pun jadi la masa tu ..dahaga sangat dah

-Lepastu dulu kat sekolah agama kat bookshop ada jual air yassin
aku pun dengan insyirah (bestfriend aku sampai skrg) beli air tu pergi minum bawah tangga
yang kelakarnya semua boleh pulak ikut aku dengan insyirah beli air pastu minum bawah tangga

-Ni yang memang selalu aku buat hampir setiap hari beb hahahhaa...kat luar sekolah ada la jual air cincau,soya...aku pun beli ah acah acah nak minum buka puasa..sebenarnya tak pun balik sekolah masuk bilik terus minum..hahahaha

-Dulu sebelah bilik aku ada bilik kerja abah...abah ada simpan botol air la dalam bilik tu...aku kalau balik sekolah terus ambik botol air tu minum air...kan air tu dah berkurang ..taknak kantoi aku pergi isi balik air tu dengan air paip n then letak balik kat tempat asal hahahaha

Hahaha so ini la kenangan yang takkan berulang dah memang 4 benda ni setiap kali puasa aku akan buat..zaman jahiliah hahaha ...so ini je untuk hari pertama puasa saja saja nak share kisah aku ponteng puasa...nanti kalau ada benda best lagi aku share ye byeeeeeeee!!

Monday, 9 May 2016

Tips Mengulang Kaji Pelajaran

TIPS MENGULANGKAJI PELAJARAN.

1. Sebaik baiknya anda mengambil WUDHU' sebelum memulakan sesi mengulangkaji.

2. Pilih tempat belajar yg kondusif.
TEMPAT BELAJAR KONDUSIF
• Bilik perpustakaan
• Bilik yg berhawa dingin (kipas pun ok apehh)
• Bilik belajar yg dikhaskan dirumah
• Dewan masjid atau surau semasa luar waktu solat. (Dlm masjid or surau la senang citer)

3. Mulakan dgn BERISTIGHFAR dripada dosa, kerana MAKSIAT mnjadi PENGHALANG kpada ilmu yg diberikan oleh Allah. Cara paling mudah ialah,
''Astaghfirullahalazimm''
Mksudnya: 'ya Allah, aku mohon keampunanMu.'

4. Then, jgn lupa baca doa, sekurang²nya ialah dgn mmbaca doa yg diajarkan oleh Allah kepada kita dlm surah Taha ayat 114 :
"Rabbi zidni i'lman"
Maksudnya: ' Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku."

5. Baca topik utama, diikuti subtopik, kemudian diikuti dgn mengingati fakta² penting.

 6. Cuba untuk mengingati dan mengulang fakta yg telah dihafaz itu.

7. Cuba utk menulis fakta yg telah anda ingati itu di atas buku nota. Jika tidak dpt mengingati sepenuhnya, maka buka bab yg telah dibaca itu semula.

8. Pastikan anda mengulangkaji pelajaran dlm masa 24 jam selepas mmpelajari subjek tersebut. (Selepas wktu kelas/balik sekolah)
*Menurut kajian Dr. Fadzilah Kamsah, para pelajar mmpu mengingat 80% drpda apa yg dipelajarinya dlm masa 24 jam slepas belajar dan peratusan itu mnjadi smakin kurang apabila melepasi tempoh waktu itu.

9. Ambil peluang utk mengulangkaji pelajaran pada masa lapang.

10. Gunakan hari cuti hujung minggu (weekend) utk ulangkaji pelajaran.

11. RINGKASKAN fakta² yg anda baca agar mudah diingat.

12. Kaji soalan² terdahulu, kerana soalan akn berulang.

13. Wujudkan study group yg dapat mewujudkan semangat belajar.
*dlm Ihya', al-Imam al-Ghazali berkata; "bila kita berqiyamullail secara berjemaah, kita akn dapati diri kita lbih brsemangat."... Mengapa?

14. Dapatkan idea² utama dri topik yg kita sedang pelajari itu.

15. Catat perkara yg kurang atau tak difahami utk ditanyakan kpada guru atau org yg lebih faham.
 
Selamat beramal semoga bermanfaat!

Keep focus Stay study

Saturday, 23 April 2016

Tempat ke-3

Hi n assalamualaikum. 21/4 dah pun berlalu dan maknanya pertandingan bicara berirama dah pun berlalu.Alhamdulillah kami dapat tempat ke 3/12 sekolah...Macam tak percaya je sebab kat sekolah aku ni kalau pertandingan apa apa yang bahasa malaysia tak pernah menang...so kitaorang batch 01 dah cipta sejarah! yeayyy! moment paling best la bila tengok cikgu- cikgu senyum lebar bila kitaorg menang tempat ke 3 ..sampai nangis- nangis guys...cikgu pun belanja la kitaorang kfc sebab menang..
Dah happy- happy hati aku ni rasa sedih je dah tak boleh lepak lepak dengan team biacara berirama dah..tak gila- gila dengan diaorang dah...kalau jumpa kat sekolah pun mesti nanti "hi' "bye" mcm tu je.
nasib baik ada group whtsapp n group tu active..semua mengadu rindu hahaha :(
Aku sangat sangat nak berterima kasih kat farah adibah (conductor) a.k.a boss kami yang latih kitaorg
perah otak untuk tambah skrip bicara berirama.walaupun kadang kadang garang tapi kami semua syg  boss!lepas cikgu erin tinggalkan kitaorg aku rasa 50% persembahan kitaorang cantik sebab boss.
Alhamdulillah terima kasih cikgu-cikgu yang bagi semangat,cikgu erin yang ajar kitaorang walaupun sekejap,farah adibah a.k.a boss...akhirnya kitaorg dapat hadiahkan kemenangan ini kepada cikgu-cikgu sekolah menengah kebangsaan kota kemuning.
Harap dapat bekerjasama dengan team bicara berirama yang dah macam family ni lagi :)

layan je lah gambar kat bawah ni












Monday, 11 April 2016

London Trip

Holla! Malam nak citer citer sikit pasal holiday. Negara paling jauh aku pernah pergi London
setakat ni..So aku nak share pengalaman aku holiday kat london
Seriously aku cakap tak menyesal gi london..Sumpah best !Tambah pulak time aku pergi
cuaca ok tak sejuk sangat tak panas sangat..tapi ada la datang time sejuk kebas
tangan (bulan 6 cuaca cun) ..bagi diaorg musim summer ..biasa je la time sejuk
aku sampai kebas tangan huhuhu pipi sampai pedih jadi merah..
Yang ni masa kat airport ye guys..tunggu flight tak silap aku masa ni pukul 1:45 pagi ke cmtu la
sebab dah dekat nak masuk flight..flight berlepas pukul 2 pagi...So lepas beberapa jam dalam
flight sampai Abu Dhabi untuk transit selama 16 jam so kitaorg sempat ler pusing pusing abu dhabi,
Dubai melawat masjid masjid...

Ni aku belanja sikit gambar kat Dubai dan Abu Dhabi hahaha..panas woo mmg tak
sanggup nak turun kereta kadang kadang rasanya..Pastu bila dah malam dah siap pack
barang..gerak pergi airport..hotel dalam airport je pun..n then setelah beberapa jam
dalam flight aku lupa berapa jam..kitaorg sampai London Heathrow airport bila dah siap ambil beg
semua..beli simcard..masa tunggu abah beli simcard aku keluar la sekejap duduk luar kebetulan
rezeki aku memang teringin nak tengok salji..keluar baby snow aku excited gila nak mati la hahaha..
tadah tangan acah nak pegang baby snow tu tapi tak rasa apa apa pun hahhaha..masa tu sejuk 7 darjah celcius..N then naik van sampai apartment..rehat rehat jap..pastu keluar jalan jalan..Tempat pertama
pergi PRIMARK!!Sumpah beb primark ni memang tempat paling best shopping..barang dia 2
Pound,3 Pound cmtu je harga..semua ada kat situ baju tidur la baju jalan,jaket ,kasut
serious kalau nak pergi london kena pergi Primark!..lps tu kat sebelah primark ada macam macam kedai lagi la..n then balik rehat..btw aku punya apartment dekat dengan hospital chealsea,stadium bola chealsea..abang aku memang minat chealsea soo suka lerr dia..

Keesokan hari kitaorg pergi Bicester Village..kat sini barang branded skit cam Kenzo,Gucci pe semua tu la..Kat sini aku entah la tak rasa nak beli apa apa..aku beli jaket Kat DKNY,Dompet,bag,casing,seluar tidur kat Cath Kidston..N then seluar jeans kat kedai lain lagi sikit sikit..Kalau yang muda muda bagi aku bosan sikit kat sini sebab dia cam lebih kepada handbag untuk orang dewasa beg Gucci apa semua tu..Kipling je la beg ok aku rasa dengan remaja..

Hari ke -3 tu aku bangun pukul 4 pagi (4 pagi kat sana cerah dah cam pukul 8) aku bawak adik kecil aku (nana) sama sama pakai baju tidur bangun gosok gigi basuh muka je..gi apartment abah..jalan jalan dengan abah...best gila jalan kaki je jalan..pakai baju tidur takde orang kesah hahaha..
N then terjumpa satu kedai halal ayam halal apa semua..beli la..balik singgah Tesco beli bawang minyak..balik tu masak ayam hahaha...n then shopping lagi kat Harrods pula.. kawasan dekat dekat
dengan Primark..aku pun memang hantu Primark dah apa lagi Primark lagi la haritu hahaha..

n then hari ke 4- jalan jalan melawat london nanti aku belanja gambar

Hari ke 4 - melawat london

Hari ke 5- melawat sambil shopping hehehhehe

Hari ke -6 hari last ye guys shopping kat Harrods lagi n then pack barang ..beli beg sebab tak muat dah

Hari ke -7 gerak ke airport ..transit Dubai 3 jam

Hari ke -8 sampai Malaysia pukul 1 pagi so takyah gi sekolah hahahhaha

Hari ke-9 SEKOLAH :(( huaaaaa hahahahah



So korang yang mana ada niat nak ke London serious aku cakap jangan tukar nak gi tempat lain London memang best gila..Masyarakat diaorg sangat baik..sopan ..sepupu aku tertinggal beg dompet yang penuh dengan duit,IC.. Dekat dalam kedai...Datang balik beg dompet tu ada lagi dengan duit yang tak diusik langsung. Kalau jalan pagi pagi tak berat mulut untuk cakap "Good morrning,Hye,Hello"...Setakat ni..memang percutian paling indah hehehehhe
So korang layan la gambar gambar kat bawah ni



































Wednesday, 30 March 2016

Team Biacara Berirama

Holla gais! Harini kitaorg punya persembahan PK koko comment 80% /100%.
Yeayyy Road to 21 April :) ..Makin lama aku makin sayang kat Team
Biacara  Berirama ni..seriously cam family..bila someone tak boleh buat satu
skrip semua akan bagi semangat untuk try buat.. n then bila dah boleh buat semua
tepuk tangan cam dapat hadiah straight A PT3 hahaha..So ni je la untuk malam ni
Bye guys good night <3

Tuesday, 29 March 2016

Thesingster Goals

Hi! So mlm ni aku nak cerita pasal baju hahaha..Malam malam ni bosan ..saja saja message qis
suruh pakai baju aku beli..ambik gambar send kat aku..Aku pun apa lagi pakai juga baju
tidur tu ambik gambar..So nak cerita pasal baju ni la..baju ni sebenarnya aku beli kat London..
Kedai Primark..so sesiapa yang nak pergi london kalau pergi Primark jangan lupa beli baju
tidur dia sebab lawa lawa wooo...masa kat primark tu aku tengok baju tidur ni lawa je..beli la satu
untuk Qistina..Hari last kat London tu pergi Primark lagi rasa nak beli untuk diri sendiri
juga baju ni..aku pun beli la lagi satu untuk aku lah..Bila dah sama sama pakai camni baru terfikir
kenapa tak beli untuk insyirah,nurin,vera ..satu geng pakai baju tidur ni ..menyesal woo
Kalau tak boleh pakai ramai ramai n then tidur rumah aku hehehe...insyallah kalau pergi lagi aku beli
lagi untuk semua cheyyyy.. so moral of the story kalau pergi Primark belilaj baju tidur dia sebab cute Hahahahhaha.. (sebenenarnya tak tahu nak tulis apa pun nk test untuk upload gmbr kt blog je hehehe)

Saturday, 26 March 2016

Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan
Persediaan menjelang peperiksaan lebih merupakan persediaan minda. Kaedah pembelajaran bukan lagi menjadi persoalan utama. Pelajar yang telah lama bersedia adalah pelajar yang beruntung manakala pelajar yang lalai hingga ke saat akhir adalah pelajar yang merugi.
Persediaan mental menjelang peperiksaan juga amat penting kerana turut mempengaruhi prestasi semasa peperiksaan. Persediaan mental ini tetap merupakan perjuangan para pelajar ke arah mengejar kejayaan cemerlang.
Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan ini. 
1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.
   2.Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.
   3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.
   4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat
     akan menyebabkan otak kurang cekap.
   5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh
     melemahkan tenaga dan melembapkan minda.
   6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.
   7.Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat.
   8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.
   9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
  10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.
  11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan
     bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan
     kurang ajar dengan guru.
  12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.
  13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
  14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
  15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
  16.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar
     sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.
  17.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.
  18.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
  19.Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.
  20.Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas
     peperiksaan.
  21.Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan
     moral sebegini amatlah penting.
  22.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
  23.Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
  24.Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
  25.Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.
  26.Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!
  27.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.
  28.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.
  29.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
  30.Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.

Tuesday, 22 March 2016

Hi! Harini rasa sedih gila nak mati hahaha lol..sebab esok birthday aku anddddd
umi dengan abah nak pergi umrah..memang rasa cam nak duduk kat katil
dalm selimut and nangis satu hari :((
Tahun lepas pun diaorg takde time birthday sku tahun ni pun takde haduh :((
Memang takde mood lorhh..maybe akan ada mood bila orang ada suprisekan birthday
hahahha..btw umi mmg dah ada buat suprise masa 18/3 malam..
Masa tu aku  camping n then masuk dewan ..senior senior slow slow tutup pintu
n aku dah pelik gila n then semua diam cg pun tutup lampu lagi la pelik kan....tetiba umi,ciksu (makcik sya) ,farhana,nenek,bibik-bibik datang bawak belon n kek..terkejut gila nak mati
satu dewan jerit jerit nyanyi lagu birthday n akutermenangis aku ni luaran je kasar dlm hati ada taman bunga kumbang semua ada  (huhuhu) ...sweet memory <3
I love u umi!! (kalau umi baca ni lol) sooo tu je la luahan aku harini hahahhaa Bye !!

-Farisya-

Saturday, 27 February 2016

Resepi Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum! selamat petang..Petang ni aku nak share resepi kek coklat kukus.
Resepi ni dari nani (nenek)  aku  n then nani bagi resepi di pada umi dan sekarang aku try buat resepi ni hehehe. Dah banyak resepi kek coklat kukus aku try buat tapi semua tak sama dengan resepi ni
Jom aku share resepi ni:

Bahan A :
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
 N then gaul kalau aku lagi senang guna mixer sebab nak bagi
gula hancur :)

letak bahan A kat tepi dulu,

Bahan B:
1 Cawan tepung gandum
1 Cawan serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baikorbonat
Ayak semua bahan B dan letak tepi dulu,

Bahan C:
4 biji telur pukul hingga kembang

Langkah-langkah:
Masukkan bahan A,B,C selang seli dan gaul hingga rata
Kukus selama 45 minit

Sambil tunggu kukus aku buat toping dulu..

Toping:
4 Keping coklat masak (4 kepil kecil kecil tu tau)
1/2 Cawan susu cair

Langkah -langkah;
Masukkan 4 keping coklat dan susu cair tadi dalam periuk kecil
dan kukus :)

Lepas 45 minit keluarkan kek dan sapukan toping tadi dia ats kek.
Sedia dimakan :)

-farisya-