"PRAGGG!" terlepas pinggan yang dipegang alisya apabila Pn Sri Rose menampar muka alisya kerana tidak sengaja menumpahkan air.
Alisya seorang budak yang berumur 11 tahun dari kecil membesar dengan neneknya..Dia dibenci ibu dan ayah kandungnya bukan hanya mereka tapi kesemua ahli keluarganya kecuali sepupunya Adlina dan makciknya yang digelar Datin iffa yang digelarnya maksu
"Sini kau! " Puan sri rose menarik telinga alisya tanpa belas kasihan
"Aduh sakit puan" rintih alisya
"Heh budak kau ingat air ni free ke senang senang kau tumpah kan.kau ingat sikit kau tu kalau aku halau keluar rumah memang tak makan minum la kau! Eiii jijik la aku tengok muka kau ni macam mana lah kau boleh ada dalam rahim aku! Jijik aku mengandungkan kau!" tengking puan sri rose. Tan Sri Faziq ayah alisya dan juga afnan abangnya dan dania kakaknya hanya melihat alisya yang menangis kesakitan dengan sebuah senyuman.
11 tahun yang lalu.
"Mak! rose nak gugurkan anak ni sejak dia ada dia macam pembawa malang..ayah abang faziq meninggal..anak mak..adik rose kemalangan..rumah mak dirompak ..rose rasa dia ni pembawa malang mak" kata puan sri rose tanpa ada sedikit pun perasaan belas kasihan kepada anak yang tidak berdosa itu.
"Subhanallah rose mengucap mak tak pernah ajar kamu membunuh rose!"
"Membunuh apa nya mak gugurkan je pun"
"Hei rose! gugur tu membunuh ! kamu ni memang dah tak ada iman ! "
Puan sri rose hanya mencebik mendengar leteran maknya.
Malam menanti siang..siang menanti malam kini puan sri rose telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang dibenci oleh semua .Bayi yang tidak berdosa..bayi yang syurga tempatnya..
"Mak rose berpantang dkt kl je la..budak pembawa sial ni mak jaga dan mak pilih lah nak letak nama apa nnti rose uruskan surut beranak"
"Mak nak letak nama dia Alisya Darisya..mesti manis cucu nenek ni "
"Ikut suka hati mak lah"
...................
"Lisya masuk dah magrib ni!" laung nenek sambil mengeleng kepala
'suka sgt berkawan dgn budak lelaki'
"nek termenung apa?"
"takde apa lah dah pergi mandi..busuk"
"hehehehe"
..................
"Lisya nnti bila nenek dah tak ada lisya jangan sedih ye"
"Apa nenek ni cakap macam tu ..lisya syg nenek sangat sangat nek" ucap alisya dgn ikhlas dan mencium pipi tua itu.
"nek..lisya nak tanya"
"tanya lah.."
"macam mana eh rupa mama dan papa lisya..dah 11 tahun lisya hidup tapi lisya tak pernah jumpa diaorg"
Berubah air muka nenek bila alisya megajukan soalan itu.
"Alisya Darisya nenek nak berterus terang dengan kamu..ibu dan ayah kamu tak sukakan kamu alisya ..bukan mereka je tapi seluruh ahli keluarga tidak sukakan kamu bagi mereka kamu pembawa sial..tapi tak nak..semua yang jadi kebetulan sahaja masa mama kamu mengandungkan kamu.."
.................
"ALISYA!!" alisya terus tersedar dari lamunan panjang apabila mendengar dania kakaknya menjerit.
"Ye kak" jawab alisya
"Hey bodoh kan aku dah cakap jangan panggil aku kakak . Aku takut sial kau melekat dengan aku" jerkah dania sambil menunjal kepala alisya..
alisya hanya menahan air mata.
'sabar la duhai hati '.
"Aku nak kau iron baju ni cepat !"
"ok cik dania"
....
"Cik ni baju dah siap digosok"
"Bodoh! kau reti gosok ke tak ni ada kedut lagi" tengking dania lalu mengambil starika yang masih panas dan meletakkan di tangan alisya
"Ya allah sakit!" jerit alisya
"hah padan muka kau bila bila buat kerja elok elok! " jerkah dania tanpa sedikit pun simpati.
"Maafkan saya cik"
...............
"alisya kemas baju baby cepat ikut aku pergi hospital mama dah bersalin" afnan memberi arahan.
"okey encik afnan"balas alisya nak berlalu ke bilik si kecil yang telah dihias oleh papa ,mama dan abang,kakaknya untuk kehadiran si kecil...tidak sabar rasanya alisya untuk bertemu dgn adik barunya itu..
'haih untungnya lahir lahir dah ada bilik..aku tido kat stor je' detik hati alisya.
.................
Setibanya di hospital alisya mengejar langkah afnan yang laju untuk ke wad mamanya...tidak sabar bertemu adik baru...apabila alisya menolak daun pintu wad..lebar senyumannya apabila melihat mama dan papa di atas katil sambil mendukung adik barunya manakala dania berdiri di sebelah kiri katil dan afnan di sebelah kanan katil. Keluarga bahagia
'kalau lah aku boleh berdiri di situ macam afnan dan dania' detik hati alisya.
"Kau buat apa tercegat kat situ dah pergi keluar" arah Tan sri faziq
Alisya keluar dari wad dengan hati yang sebak
'ya allah jika mereka di luar sana dimarah,sedih,gembira akan mereka kongsi bersama keluar terutamanya ibu ya allah..tetapi aku ya allah aku sakit dipukul,dimaki di mana aku mahu mengadu ya allah di mana aku mahu berlindung' detik hati alisya sambil air mata menuruni pipi gebu itu .
'tak apa aku ada allah..aku boleh mengadu pada allah..aku boleh berlindung pada allah' ucap alisya di dalam hati dan mengelap sisa sisa air mata..
................
Sedar tak sedar dah 1 tahun alisya membesarkan Faqirah adiknya..malam berjaga..menukar lampin faqirah..membuat susu..menyuap makanan..memandikan faqirah itu semua tugas alisya..tapi alisya teramat senang dengan tugasnya itu..bagi alisya si kecil ini boleh menghilang kan perasaan sedih,stress alisya..Puan Sri rose? tidak pernah mengambil tahu hal hal faqirah..
................
12 tahun kemudian....
"aku nak kau kawin dengan tengku mukhriz" ucap puan rose
"tapi saya tidak kenal dia puan"
"Kawin je lah bodoh! dia tu kaya ! "
Alisya hanya mendiamkan diri..
"Mama kenapa mama nak kahwin kan kak lisya ma? lps ni siapa nak ambil tahu pasal qirah" tanya faqirah dengan sebak
"Qirah tak payah sedih.. lisya tu bukan bagus sangat pun"
"ha? apa mama cakap ni? "
"Kalau qirah nak tahu dari kecik dulu mama tak berkesempatan nak jaga qirah..dia ugut mana qirah kalau mama berani jaga qirah dia akan tak teragak ragak hancurkan rumah tangga mama..mama dilarang berjumpa dengan qirah...mama sedih qirah sebab tu mama nak dia kahwin biar dia pergi dari sini mama boleh jaga qirah" tuduh puan rose sambil menitiskan air mata palsu.
Faqirah pula hanya tergamam dengan apa yang diucapkan oleh mamanya..mulai dari hari itu hubungan faqirah dan alisya semakin renggang..faqirah semakin menjauhkan diri dari alisya..
..................
"Aku terima nikahnya alisya farisya binti mohd faziq dengan......."
kini alisya sah menjadi milik tengku muhkriz .
Selepas selesai majlis akad nikah alisya berpindah ke apartment tengku mukhriz
..............
"Ni bilik kau! kau jangan ingat kau nak jadi mem besar dalam rumah ni!" tengking tengku mukhriz.
"Baik tuan " balas alisya dengan suara yang lemah.
"Aku nak bagi kau peraturan rumah aku ye.First aku nak buat apa pun aku nak balik lambat ke,bawak balik perempuan ke ikut suka hati aku ni rumah aku! Second kau kena ikut semua yang aku nak! Third kau tidak dibenarkan keluar dari rumah ni! Faham?! " terang mukhriz dengan suara yang keras.
"Faham tuan"
..............
"ALISYA!!" jerit Tengku mukhriz
"ye tuan "
"Sediakan kan aku sarapn sekarang! " tengking mukhriz
"Baik tuan "
.....................
'haih letihnya' luah alisya
"kau cakap apa tadi?" sergah mukhriz
"oh mak kau"!! latah alisya
"Hahahaha kau tak yah latah sangat lah . Apa kau cakap tadi?"
"tak ada apa apa tuan"
"Kau letih ye? heh perempuan kau kena ingat kau tu kuli aku ! Hamba aku ! kau faham tak?!" jerkah mukhriz sambil menunjal kepala alisya
"faham tuan"
..........………
"Baby i kahwin dengan dia terpaksa je i tak pernah cintakan dia" pujuk mukhriz kepada Fathia kekasihnya
"You cakap betul betul mukhriz you jangan main gila dengan i"
"serious sayang i cinta you je"
Bibir fathia mula melakar senyuman
"Sayang jom la menari" rengek mukhriz dengan manja
"sebelum menari kita minum dulu ok" balas fatiha sambil menuang arak ke dalam gelas
"Dah habis dah jom la "mukhriz mengheret fathia ke pentas tanpa menjaga batas mereka berpelukan.
………………
"Alisya!!!" Jerit mukhriz sambil menendang pintu rumah dengan keadaan nya yang mabuk
Alisya yang sudah lena diulit mimpi terjaga dan terus berlari turun ke bawah membuka pintu
"Kau pergi mana hah sial?!" jerkah mukhriz sambil mencengkam rambut alisya
"sa..k..it ..tu..an" balas alisya tergagap gagap
"Bodoh!" jerkah mukhriz lalu menolak alisya. Nasib alisya malang apabila kepalanya terhantuk di bucu meja.Dan darah pekat mengalir keluar.
"Allah" rintih Alisya.
Mukhriz tanpa belas kasihan mencengkam rambut alisya dan menghantuknya pada dinding berkalu kali
"Allah. Sakit tuan tolong tuan " rayu alisya
"perempuan macam kau ni boleh pergi mampos!" jerkah mukhriz dan berlalu naik ke tingkat atas
Alisya hanya menangis mengenangkan nasibnya yang tidak ubah seperti sampah ni bumi ini. Kepada siapakah dia boleh mengadu.Ibu? Bapa? Keluarga? Alisya rasa jika dia mengadu makin gembira keluarganya. Tidak apa alisya ada Allah ..Ye allah akan selalu mendengar rintihannnya.Dan akhirnya alisya terlena di situ.
………………
Walaupun masih terasa sakit di kepala alisya tetap gagahkan diri menyediakan sarapan kepada mukhriz.
"Sarapan tuan"
Mukhriz hanya menjeling dan memasukkan nasi goreng ke dalam mulut.
"Makanan apa kau masak ni sial?!!! Masin! kau nak balas dendam kat aku ke apa?!!" jerkah mukhriz
Alisya sudah berasa kecut perut
"T..a..k ..tu..an.." balas alisya tergagap gagap
"Kau sini kau!" jerkah mukhriz sambil mengheret alisya.
"Kau duduk la dalam ni!" jerkah mukhriz dan menolak alisya ke dalam stor .
..………………
Pagi ke petang. Petang ke malam. Alisya masih di dalam stor itu kelaparan dan ketakutan di dalam gelap.
'laparnya ' desis alisya
Alisya terpandangkan buah Guava di pokok bersebelahan stor.Alisya mengularkan tangan ke tingkap untuk mencapai buah guava..setelah habis sebiji dimakan alisya mengucapkan syukur alhamdulillah dan tersenyum namun senyuman itu mati apabila terpandang mukhriz yang sedang melihat dia di tepi tingkap stor.
Wajah alisya serta merta bertukar pucat.
"KAU SINI KAU ALISYA!" jerkah mukhriz menarik alisya dan menendang alisya ke dalam bilik
"allah" rintih alisya
"Kau ni bodoh ke banggang. Aku suruh kau duduk diam diam kan dalam tu . Aku tak halal kan tau kau makan hak milik aku bodoh!!" jerkah mukhriz sambil menendang dan memijak alisya
"allahuakbar" rintih alisya
"sebut nama allah. tapi haram halal tak tahu!" lalu menampar pipi alisya berkali kali hingga cecair merah terbit dari celah bibir
"sakit tuan saya minta maaf"
"maaf bodoh kau"
mukhriz mengangkat alisya ke atas katil
"tuan nak buat apa ni?!" tanya alisya dengan nada keras
"aku ada hak atas kau perempuan!"
……………………
"eh adam mukhriz tak ada dkt rumah" ramah alisya kepada adam kawan baik mukhriz
"tak apa saya cuma nak hantar barang ni"
"ooo" alisya cuba mengangkat barang yang dibawa oleh adam tapi tidak berjaya kerana terlalu berat
"tak apa biar saya tolong angkat bawa ke dalam rumah"
"alisya kat mana ye bilik kerja mukhriz" laung adam dari dalam rumah.Nak atau tak alisya terpaksa masuk
"sini "alisya menunjukkan bilik
"okeyhh siap"
"terima kasih adam"
"sama sama si manis"
…………………
"Alisya Darisya!!" Laung mukhriz dengan begitu kuat sekali.Alisya yang sedang memasak makan malam mukhriz di dapur sudah kecut perut.
"Ha sini pun kau perempuan jalang!"
Alisya hanya menahan hati
"Heh kau tu dah lah pembawa sial! skrg dah nak jadi pelacur pulak ke!" jerkah mukhriz sambil mencengkam rambut alisya
"allah sakit tuan"
"Kau jangan sebut nama tuhan la sial kau perangai macam pelacur! memang perempuan murah lah kau ni!"
Lagi sakit hatinya dari sakit rambutnya dicengkam.
"sini kau" mukhriz menarik alisya ke dalam bilik tidur dan menolak alisya masuk. Mukhriz menampar pipi alisya ke kiri kanan lebih 10 kali.
"allah" mata alisya terasa berpinar dan darah merah pekat mula keluar dari celah bibir dan hidung alisya.
Namun itu bukan penghujungnya apabila mukhriz mencengkam rambut alisya dan menghantuknya ke dinding berkali kali.nasib alisya malang ketika mukhriz melepaskannya kepalanya terkena pada bucu meja dan membuahkan darah merah pekat.
'allah tolong ya allah' desis hati alisya.
"Kau dah bawak masuk lelaki .Dasar perempuan murah pembawa sial kau ni layak mampos je lah!" mukhriz menendang kepala alisya berkali kali
Mata alisya semakin berpinar dan alisya tidak sedarkan diri.
…………………
"aduh " rintih alisya apabila bangun dari tidurnya.Alisya terpandangkan mukhriz yang nyenyak tidur dia atas katil sementara dia yang pengsan dibiarkan dia atas lantai . 'ya allah ampunkanlah suami ku ya allah' begitu mulia hati alisya.
…………………
1 BULAN KEMUDIAN
"Tuan saya nak minta izin ke hospital boleh?"
"Pergi lah kau" jawab mukhriz dan masuk ke dalam perut kereta untuk ke tempat kerja.
Tepat jam 11:30 alisya tiba di hospital.
"ye puan ada masaalah apa ye?" tanya dr Farhana dengan begitu lembut
"saya kerap sakit kepala doktor..kadang kadang saya mudah lupa..saya sakit ni bahagian tempurung kepala..di bahagian blkg kepala
"ok macam ni puan kita buat ujian MRI kita scan kepala puan ye"
Setelah hampir 1 jam nurse memanggilnya berjumpa dengan doktor
"ok mcm ni puan ..saya ada 2 berita saya harap puan bersabar ye..puan sebenarnya tengah mengandung dah 3 minggu..tahniah puan"
Alisya hanya mengucapkan syukur kpd allah..seyuman tidak lekang dibibirnya
"apa berita satu lagi dr?"
"saya harap puan bersabar ye.puan disahkan menghidapi kanser otak tahap 4 puan"
Alisya tergamam.Lidahnya kelu.Wajahnya beku
"puan..."
"ye doktor"
"kami sarankan puan gugurkan kandungan dan menjalankan sesi kemoterapi puan"
"Tak boleh ke kalau tak gugurkan dr?"
"Jika tidak gugurkan .puan tidak boleh menjalankan kemo dan boleh membahayakan nyawa puan"
………………
Alisya masih terfikir fikir.Hanya ini satu satunya lambang cintanya dia pada suaminya mana mungkin dia gugurkan anaknya.Alisya redha dengan penyakit ini dan dia nekad untuk mengandungkan dan membesarkan anak nya.Jika sudah sampai ajalnya walau bukan dengan kanser dia tetap akan pergi.
………………
9 BULAN KEMUDIAN
"alisya baju aku mana?!" laung mukhriz dari tingkat atas.Alisya yang sudah sarat berlari lari anak naik ke tingkat ats
"ini tuan"
"lembap" mukhriz merampas baju itu dengan kasar.Sehingga kini mukhriz tidak tahu bahawa isterinya menghidap kanser .
"Tuan boleh tak kita makan chicken chop?"
"apahal?"
"saya rasa teringin nak makan"
"kau pesan kat anak kau tu dia tu tak layak makan makanan mahal mahal dia dengan mak dia layak makan makanan tong sampah je"
Alisya hanya memandang lantai dan menahan hati.
"dah aku nak pergi kerja"
"tuan due saya mungkin minggu depan boleh tak tuan hantarkan saya ke hospital"
"Pandai pandai lah kau pergi sendiri!" jerkah mukhriz dan berlalu pergi
Alisya hanya duduk di ats kerusi dan menangis menangis menangis dan terus menangis.
………….…
"sakitnya perut..tuan tuan"
alisya mengetuk bilik kerja mukhriz
"apa benda?!" marah mukhriz
"perut saya rasa sakit sangat tuan boleh tlg bawa saya ke hospital?"
"Blah la kau dengan anak kau! aku harap dua dua mati jap lagi! " jerkah mukhriz dan menghempas pintu.
Alisya menelefon teksi untuk ke hospital.
Setibanya di hospital alisya dibawa ke labour room.Dengan sepenuh tenaga yang ada dengan sederas air mata yang keluar lahirlah seorang puteri.Melahirkan anak tanpa seorang suami di sisi,tanpa seorang ibu hanya Dia sebatang kara di dunia.
Keesokannya Adlina dan mak su datang melawat alisya.Puteri alisya diberi nama Farisya farhana bt tengku mukhriz.Alisya tidak meletakkan gelaran tengku di hadapan takut dimarah mukhriz.
..................
2 Minggu kemudian.Alisya sudah tiada harapan sembuh.Dia hanya tunggu masa pulang ke pangkuan ilahi .Pada petang itu adlina datang melawatnya.
"Ad nnti aku dah takde kau jaga lah anak aku ad. Mukhriz taknak anak ni ad..kalau kau taknak jaga kau hantar la rumah anak yatim"
"takpe lisya aku akan jaga farisya anak kau anak aku juga"
Lega Alisya mendengarnya
"ad nak pen dengan kertas skjp"
Di hari jumaat yang mulia Alisya telah menghembuskan nafas terakhir di atas pangkuan adlina dan anaknya.Jenazah alisya di bawa pulang ke rumah maksunya ...dan semua diuruskan oleh maksunya.Ibu bapa suami dan ahli keluarga alisya mengetahui tentang kematiannya tapi tiada seorang pun yang datang menguruskan jenazahnya.hanya adlina ,maksunya dan orang surau.
............
"ros, fazziq,kau abg alisya,kakak alisya,adik alisya dan kau suami alisya baca lah surat ni aku mohon kau semua baca.surat ni lisya tulis dari dia kecil lagi"
Puan Sri Ros membuka surat itu
'Mummy! :) teringin nya lisya nak panggil Puan dengan perkataan mummy tapi nanti kena pukul.Sakit kalau kena pukul. Puan benci lisya .lisya sakit kena pukul..kawan kawan lisya semua mak diaorg syg diaorg .takpe la lisya yakin mesti nnti suatu hari mummy syg lisya. Daddy..daddy garang daddy pun tak suka lisya haritu daddy pukul kepala lisya dengan kayu..sakit..tak ada orang tolong lisya..kenapa orang lain kalau kena pukul daddy dengan mummy diaorg akan protect diaorg tapi lisya tak :( abang dengan kakak pun selalu pukul lisya. '
'Yeay mummy mengandung!! sukanya nak dapat adik..masa mummy bersalin semua pergi dekat katil mummy tapi lisya tak boleh pergi diaorg tak kasi ..lisya tengok diaorg bahagia sangat..lisya tiada siapa siap..ehh tak lisya ada allah heheheheh.Harini adik baru dah balik lisya jaga dia ..tukar pampers dia..buat susu dia ..kemas tempat tidur dia..bilik dia cantik sangat ada katil ..almari..lisya pun tak pernah tidur ats katil..adik ada banyak baju penuh satu almari..lisya ada 3 helai baju je..bestnya jadi adik ! :) '
'lisya tak tahu apa salah lisya adik dah renggang denga lisya.Dia maki hamun lisya..kenapa ..allah lisya sedih masa kecil dulu lisya jaga dia sampai umur 12 tahun dia dah kurang ajar dengan lisya..dia koyak baju lisya..sekarang baju lisya tinggal 2 helai..'
'sekarang lisya dah kahwin.suami lisya benci lisya ya allah. kenapa begini takdir hidupku ya allah . lisya sakit dipukul..ditampar,ditendang,kena hantuk sakit ya allah'
'allah harini aku disahkan ada kaser ya allah dan aku mengandung..tak apa aku redha..aku nak lahirkan anak aku..biar lah abang mukhriz akan benci aku aku redha ya allah anak inilah tanda cinta aku kepada dia'
'Dr kata aku sudah tiada harapan sembuh ..ya allah di saat akhir hidupku aku teringin nak jumpa puan,tuan ,adik beradik ku dn suamiku ya allah..aku teringin mahu memanggil mummy,daddy..aku teringin nak mereka peluk aku ya allah..biar lah di akhir hidupku ya allah ..aku tidak pernah sekali pun dapat menggelarkan mereka itu dan memeluk mereka..ya allah diakhir hidup ini aku benar benar teringin berkumpul denga adik beradik ku..bergurau senda dengan mereka..aku teringin menjadi seorang isteri yang dihormati suami ya allah..mendapat kasih sayang suami..Tapi aku sedar aku siapa ya allah ..aku hanya sampah bagi mereka..Anakku ketahuilah ibu telah berjuang untuk melahirkan pun tanpa siapa di sisi ibu. maafkan ibu ..jika ibu pergi dulu..ibu sudah amanahkan surat ini kepala makcik kamu adlina untuk diberikan kepada kamu..maafkan ibu kerna ibu kamu di benci oleh ayahMu ibu minta maaf nak. Allah aku gembira bercampur sedih ketika tahu aku tidak akan sembuh.Aku gembira ya allah aku mahu berehat aku sakit ya allah didunia ini aku terlampau hina di dunia ini ...aq juga sedih akan meninggalkan anak ku sebatang kara di dunia...mummy,daddy,abg,kakak,adik,abg mukhriz, anak ibu farisya farhana .alisya sayang kamu semua selamanya.halalkan semua makan minum alisya '
Semuanya hanya membiarkan air mata turun ke pipi apabila membaca surat2 alisya tinggalkan..hanya penyesalan tiada penghujungnya
"ya allah anak aku " rintih puan sri
"Alisya!!!!" raung mukhriz dengan esakan tanpa henti.
Kita penyesalan yang tiada henti .
TAMAT